728x28 Ads

Our Heaven on Earth Planning: Lighting/Lampu 2

Pelawaan bonda saya ke Puchong untuk melihat kerusi Jati saya mulanya terima dengan gembira tetapi bila timing nak pegi itu lepas office hour... aduuuhhhhh... stress juga tapi bile dah sampai.... sesuatu yang x dapat dijangkakan....

SERONOK, maka berjaya singgah di Houses of Lightings. beralamat di

Jalan BPU 6 Puchong,
Drive to Highway ke Dengkil/Putrajaya from Puchong.
Ada Signboard ke Puchong Perdana naik fly over ke kanan dan masuk first junction kiri... terus je dan akan nampak houses of lighting in orange,,,
if you naik fly over nampak bangunan kuning polkadot tulis ladybird x silap... you are already on the right track..

So apa yang saya jumpa di sana dengan layanan staff for me terbaik...

:: Chandelier Hitam Plastic Lampu 6 berharga RM 270.00::

Kirin berangan nak letak ni dalam master bedroom, tapi sang arjuna x bagi kata putus lagi dah tunjuk gambar dan dia tak tengok live lagi so kene tunggu green light. Satu jer nak komen sini keseluruhan body lampu chandelier ini dibuat daripada plastic, maka tidak sesuai untuk everyday use. Lampu bulb kena pakai yang mahal sikit dan dalam Watt yang kurang untuk memanjangkan hayat lampu ini. Hadir dalam berlampu 6 dan berlampu 8 (berharga RM 330.00 boleh diskaun). Harga lampu Chandelier Hitam ini selepas diskaun dalam RM 220.00-RM 250.00.

Total Lampu Master Bedroom  = RM 500.00


::Chandelier Kaca Hitam Berlampu 12 berharga RM 1100::

Lampu ini sangat cantik lampunya banyak dan ia kaca bukan kristal tapi bagi K tak da masalah. Penat juga nak mengemas ni nanti. Agak besar dan boleh buat statement kat living area ni. Cuma untuk nampak cantik ceiling rumah haruslaa 12 kaki ke atas. Adik sales asisstant yang cantik tuh cakap kalau 15 kaki dah cantik dah. Kalau 12 kaki tu terus guna batang lampu ni jer tapi kalau 15 kaki boleh pakai chain. Nampak cantik lagi. Jangan tak percaya harganya dalam RM 800.00-RM 880.00.

Total Lampu Living Area = RM 880.00

:: Chandelier Bujur Berlampu Halogen berharga RM700.00 ::

Saya terus jatuh cinta dengan yang ini rasa nak bawak balik terus, tapi K tetap prefer Rectangular. Buah hiasannya sama dengan chandelier di living area dan ada black trimming so ada similarity sikit. Sangat terang lampu ni siap boleh tukar tukar kaler... Halogen lights ni pun boleh dikurangkan sebab terlalu terang. Harga selepas diskau RM 560.00. Mungkin kene tunggu next stock, mana tau ada yang empat segi punya ker... heee kalau xde boleh jer ni.

Total Lampu Dining Area = RM 560.00

:: Stanless Steel Pendant Lamp  berharga RM 39.00 nett ::

Kebanyakkan yang berharga bawah seratus harga nett tiada diskaun. Tapi yang ini  pasti K akan beli yang ini 3. 2 di dry kitchen 1 di wet kitchen.

Total Lampu Dapur = RM 117.00

:: Lampu Ceiling berharga RM 49.00::

Adik Sales Assistant tu cakap kalau lampu bilik air elok bertutup. Design ni cantik very sleek.. Ada 3 bilik air ok lah ni.

Total Lampu Bilik Air = RM 147.00

:: Lampu Dinding berharga RM 69.00 ::

K was thinking to have this for the stairs and for the family area. Letak atas featured photo/ frame. boleh rotate lampu ni and in brass color. Suka ni macam dah boleh bayangkan dah dengan frame gambar kahwin. Hotelicious jer hehehehe...

Total Lampu Dinding = RM 138.00

TOTAL KESELURUHAN = RM 2,342.00

Nampak macam within budget kan sebenarnya macam akan terlebih sebab

Lampu 3 bilik lagi x pilih lagi
Lampu luar x pilih juga lagi

Kompom terover budget ni sebab lampu lampu ni x didatangkan dengan bulb nyer sekali. Maka kompom beratus lagi. Dah tunjuk semua gambar ke husband beserta harga.

Jawapannya adalah

"Grill x survey lagi"

Ok maka saya faham, grill kene invest lebih banyak dan kalau x der grill lampu tu nanti macam disedekahkan ke pencuri jer kot. 

Owh dan sesapa yang nak lampu chandelier kecil untuk hiasan bilik pengantin macam bilik pengantin saya dulu sini lagi murah dari yang husband hadiah kan kat dalam post K sebelum ini disini. Design lebih kurang Body besi dan buahnya plastic beharga RM 59.00 sahaja.
Cantik buat penyeri bilik.




0 people have to say a little bit of something:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • A little bit of everything • Design by Dzignine