728x28 Ads

Dekorasi bilik tidur pengantin

Pada kala saya sedang menaip ni kami dah genap 2 tahun berkahwin. Alhamdulillah. InsyaAllah  tidak lama lagi kami akan berpindah ke rumah sendiri. walaupun dah 2 tahun tapi rasa macam baru jer. maka saya rasa macam nak imbau kembali hiasan bilik tidur pengantin yang sepenuhnya idea dan tatarias oleh ibunda tercinta. So saya pun copy balik susun atur dulu tapi tidaklah 100% sebab mengikut keperluan semasa.
:: This is the only decent photo of my bedroom! screw you Mr Photographer!!!!::
Update** i found couple of photos of our bedroom from a friend's FB album



kalau orang kahwin je mesti orang akan masuk tengok bilik pengantin. kerana kesibukan dan budget maka semua idea dan titik peluh imaginasi dan angan-angan dari mak ku yang tersayang. saya bagitau je nak warna apa. Abah tolong cat kan.

So now since my husband is away for work ada can la nak menghias. husband jenis asal kemas jer. x kisah sangat hias menghias ni. saya memang suka.

perkara pertama yang kami tukar ialah lampu. Asalnya lampu dinding, kemudian saya insist hadiah birthday saya pada ketika itu tunang saya untuk berikan saya lampu chandelier ni. (pada kala nak bertunang tu semuanya saya cut, beli barang untuk kahwin, teringin shopping shopping barang hantaran atau yang melibatkan perkahwinan). Lampu ni beli di Avalon lepas nampak iklan dalam surat khabar berharga RM89. Kisah asalnya disini.


Kemudian cat. Saya pilih beige atau off white but with satin effect yang beri kesan memantul.

Abah pula siap tolong varnishkan lagi satu satunya almari dan katil yang wujud sejak saya tak boleh ingat lagi. It was custom made so nothing can be move around. It stay the way it is.

Dari segi langsir cadar semua mak yang settlekan. So langsir custom made. Comforter pun custom made. Itu semua idaman mak saya lah tuh. Tapi saya tau my mom punya taste sure yang terbaik. She has this thing in mind where she wanted something that look eklusif tapi berguna. (You know la kan, cadar- cadar untuk perkahwinan sah la ridiculously mahal dengan cheap satin, dan panas dan you know you like sleeping on a plastic dengan bunyi kreok-kreok serta ada beads yang membuatkan kita confirm kene dry clean. Lepas tu x guna dah simpan jer kan. Bile nak pass kat orang dah outdated kan membazir). So my inventious mother custom made this off white thick lace as a comforter cover as well as sarung bantal.



Langsir pun dari jenis kain yang sama tetapi ada beza corak sikit.


A shaggy rug untuk memodenkan ruang  yang dibeli di Jalan TAR.

Satu statement dalam bilik ni ialah Cermin ukir classic moden yang dibeli di SSF Home Deco adalah benda terkhir dibeli.



Frame yang di beli di ssf di gantung opposite wall. Saya tidak letakkan gambar tapi kad kawin. Konon-konon artistic. Lagi pun saya ada baca seeloknya jangan letak gambar orang sebagai hiasan dari segi pandangan Islam.

Selain itu sebagai pelengkap bilik dan penambah seri ialah dua bantal berkelopak ungu dan bunch of handregea.


Orang kata bilik tidur tu sesuatu yang privacy. Tapi kali ini as an excuse for ideas to others.







0 people have to say a little bit of something:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • A little bit of everything • Design by Dzignine