728x28 Ads

Malaysia-Indonesia, Dr Mahathir, Martin Luther King

Krisis Malaysia-Indonesia getting worse dont you think?
Indonesian blames us in most of the aspect, from songs, to dance, to people, and even our building, land.

Puncak kemarahan yang org Malaysia nampak adalah setelah konsep 1Malaysia diwar2kan setelah PM terbaru Datuk Seri Najib cuba untuk menyatu padukan rakyat. dimana pada tahun pertama menyambut kemerdekaan sebagai PM, byk rancangan yang disiarkan berkonsepkan Malaysia.

Kes Pulau adalah diluar bidang saya, dan saya bukan penganalis kes ini. tp kami juga paham dr segi maruah dimana rakyat yang cube mempertahankan sesuatu demi negara yang tercinta. Itu juga akan berlaku pada kami dimana merasakan maruah tercalar. Maka tindakan kedua2 negara dgn pertolongan kehakiman luar harus dijalankan demi menyelesaikan kes ini. Pemerhati luar akan lihat ini dr pandangan mata mereka apa yg terbaik. Kenapa tidak kita bersyukur mungkin apabila tanah itu diserahkan kepada sesbuah negara ia lebih teratur. dari pandangan lain, sesbuah negara itu boleh melepas pandang utk membangunkannya, dan biarkan negara bertanggungjawab menguruskannya. Disamping itu negera yg tidak berjaya itu boleh menumpang security apabila perairan itu dijaga oleh pihak yang satu lagi. its a win2 situation.

Dari segi buruh dan bibik yang berkhidmat di Malaysia, kami akui bahawa org asing banyak membantu dlm pembangunan konstruksi bangunan di Malaysia. Dr bangunan KLCC hingga ke putrajaya dan juga renovasi rumah saya sendiri kebanyakkannya dilakukan oleh org asing. Persetujuan antara pihak majikan dan buruh itu sendiri yg bersetuju utk melakukan kerja tersebut walaupun pekerjaan yg dijalankan bagai nyawa dihujung tanduk tetapi demi mencari nafkah mereka akur dgn apa yang ditawarkan. Kami juga berterima kasih kepada mereka ini.

Dlm kes pembantu rumah yang didera, perkara ini sebenarnya adalah dari segi sikap seseorg sebagai manusia. Jangan lupa kes anak majikan yg didera dan ditinggalkan dimana majikan menjadi mangsa. Majikan telah meletakkan kepercayaannya kepada seseorg yg bukan dr kalangan relatives nya sendiri utk menjaga amanah tuhan ini. Dan sebagai manusia rasa belas kasihan perlu ada cuma kejadian yang x dingini ini berlaku apabila setan menguasai seseorg. Perkara ini sukar dijangkakan, tetapi kami memandang serious dan bersimpati terhadap kejadian-kejadian seperti ini.

Namun dari segi pengalaman, iya mmg berlaku pembantu rumah lari meninggalkan anak majikan sendiri dimana tahap belas kasihan sudah tidak ada (dan ini pernah terjadi pada kami sekeluarga) tetapi dari susut pandang yang positif lebih baik die pergi dr mendera anak2 kami (atau mungkin saya pada ketika itu) pada masa akan datang.

Dari banyak bibik2 yg ada dan pernah bekerja dgn kami (termasuk bibik makcik, sepupu dan kawan2) saya personally menghormati mereka sebagai seorg yg sedang menjalankan tugas. Bagi kita yang matang nih (anak2 mungkin x paham lagi, rasa hormat kurang) patut tunjukkan kepada yang muda-mudi ini bibik x leh buat semua benda, bateri bibik x semestinya full. Sebab itu ibu dan bapa saya melarang kami membuli bibik dgn thp kemalasan yg ada (mak sy selalu ugut kata nanti kalau bibik x der sapa nak buat). Kadang2 terslip jugak panggil bik (kami diajar panggil kakak), tp dah biasa namun kami x anggap bibik itu kerja yg hina pun. bibiklah yg tolong masakkan maggi dikala kami x mau makan makanan lain (dulu lah). Kami menghormati bibik yg tolong kemaskan bilik kami yg kadang2 x sempat nak kemas dan basuh bilik air biler sumer mngelat, tp kami x biarkan bibik buat semua. Bibik juga ada rasa hormat dgn keluarga, asalkan bibik solat dan x bawa lelaki dtg umah kami sudah bersyukur. BIbik adalah PA kepada ibu-ibu. PA lebih sedap disebut. PA ibu saya tidak akan kemas bilik ibu saya melainkan ibu saya ada dirumah, ibu saya hanya akan suruh bibik masak nasi dan kluarkan bhn makanan mentah sementara ibu balik dr kerja, kerja tetap bibik adalah kemas rumah (living area, dapur,angkat dan sidai jemuran, dan yg berkenaan dgn pakaian bibik uruskan, gosok lipat simpan kecuali simpan dlm bilik ibu bapa saya), kadang2 bilik kami die kemaskan, tp pepagi biasanya kami mmg disuruh buat sendiri termasuk combine bathroom.
Kami tidak pinggirkan bibik begitu sahaja, kalau melancong kami bawa jika tidak pun kadang2 bibik2 ini akan berkumpul kerumah kawan2 atau sahabat2. Kadang2 bibik sendiri jika diajak makan sekali bibik x mahu segan.tp kami x kisah bibik join tp kesian lah bibik makan sikit jer lebih baik kami asingkan makanan utk die, bibik akan makan dgn tenang. (paling penting bukan lauk lebihan kita makan bg kat dia) rasa hormat sesama manusia perlu ada. Itu mmg sudah tugas bibik, dan tugasnya dr pg hingga pkul 9 mlm (most bibik tido awal). Kalau kita beri arahan dgn jelas saya yakin bibik-bibik akan lunaskan amanah itu.

bila gaji dinaikkan ke RM800 sebulan, agak sukar bg pendapatan rendah nak menanggungnya. ini x termasuk extra perut yg diorg kene tanggung. Maka peluang pekerjaan untuk warga asing sudah kurang. Kami akan menanggung beban kebanjiran warga asing disini. Negara asal warga asing x boleh lepas tangan. Kemasukan mereka ini akan mengganggu periuk nasi mereka sendiri nanti.

Dari segi seni, muzik dan tarian, tidak boleh dinafikan bahawa kita ini rumpun melayu, sama ada melayu Malaysia, atau melayu Indonesia. Banyak persamaan cuma ada yg diimprovasikan utk menjadikannya hak cipta tersendiri negara. Batik contohnya adalah kesenian Melayu, dan batik ada dua, batik indonesia dan malaysia, kebaya pun sama,,, ancestor kami juga ada dr sana. dan saya sendiri kagum dgn sifat dan kebolehan artistik rakyat indonesia yang bisa buat org nangis hanya dgn nada awal sesebuah lagu. Tindakan kerajaan mengurangkan peratus kemasukan lagu luar adalah supaya aktivis seni di Malaysia lebih peka untuk tampil lebih kritis. Dan x salah juga kalau hendak dikata Malaysia ada landas yang kadang2 menghadkan kebolehan aktivis seni malaysia utk mereka kembangkan bakat mereka. (saya lebih prefer landas ini diikut).

Jadi dr segi originallity org Malaysia, ia telah dibentuk menjadi hak cipta dgn mengubah sedikit asasnya. Kami tidak mengiyakan seiya iyanya sesuatu itu drpd tanah ini, dan tidak pula kami menidakkannya. Malaysia media diberi surat pekeliling utk tidak membangkitkan kemarahan negara asing. Dan saya prefer itu, utk tidak memanaskan lagi konfrontasi ini. Rakyat Malaysia sendiri jarang melakukan demonstrasi atau reformasi dlm apa jua tindakan disebabkan struktur politik demokrasi yang ada. Sikap ini telah ditanam dr awal kelahiran kami. Kami takut polis.

Seperti mana indonesia, mereka lebih berekspresi, itu sebab mereka lebih seni. mereka lantang berhujah menegakkan sesuatu dan cara kami di Malaysia lain, kami lakukan senyap2, dgn cara menanda tangan petition atau menghantar surat dan mengundi. Kalau dilihat mahasiswa mahasiswi Indonesia hak bersuara mereka lebih terbuka berbanding di Malaysia. Suara mereka didengar. Kami punya masih didengar dan dipertimbangkan cuma wakilnya sahaja yg layak bentangkan. kami kurang lantang dijalan-jalan cuma lantang di dlm bilik mesyuarat atau tempat tertutup.

Konfrontasi ini harus dihapuskan, sy punya sahabat yg dianggap family di Indonesia, mereka org Indonesia, dimana mereka enjoy disini, dgn roti canai( yg mmg bukan asalnya disini) dan saya enjoy nasi lemak kakak dr indonesia ketika saya study di UIA. kita perlu bersifat terbuka dan memikirkan rumpun ini. bagaimana menjaga hati sesama jiran.
Saya bersuara kerana sy sayangkan mereka dan rindukan nasi lemak kakak itu tp saya x lantang jika lantang sy ia akan menimbulkan provokasi. kenapa pikir perkara yg akan memburukkan kenapa tidak cari yg pndamaian.

Kalau diikutkan kelantangan, PM ke-4 Malaysia terkenal dgn ketegasan dan kelantangannya, Dr Mahathir. Ramai yg gerun, kagum dan x suka benci mungkin ada. Yang lantang hanya seorg tidak yg lain. kerna beliau seorg pemimpin. Kalau dinegara luar kelantangannya tidak boleh menandingi Martin Luther King dan anak2 kaum kerabatnya yg bila bercakap naik bulu roma semua. Saya bukan pro mana2 pemimpin kerana saya yakin setiap individu ada kelebihan masing2, dan saya pasti setiap pemimpin akan sedaya upaya membuat yg terbaik... sgt terbaik... x kira dari parti mana, kerajaan mahupun pembangkang. Kita sebagai rakyat yang menentukan permata yg kita cari itu.

kalau nak dibezakan negeri dan kepimpinan, lain negeri lain masalah, adat dan resam budaya dan lifestyle. Mereka akan buat yg terbaik. KL dimajukan untuk dikenalkan kepada dunia. Perak dgn kuasa sultannya. Kelantan dgn kesederhanaannya itu pemimpinnya berjaya melahirkan sebuah negeri yg saya yakin Islamnya kuat, Sabah dan sarawak, walau terpisah memodenkan kawasan mereka mengambil masa tetapi sy tetap bangga.

saya telah menjelajah kesetiap negeri di Malaysia tidak satu pun yg saya tinggalkan. dan saya hormat setiap negeri dan pemimpinnya, sama ada kerajaan atau pembangkang, islam atau tidak. Mereka cuba yang terbaik itu saya pasti. dan saya pasti jika kita hormat negari, negara sendiri kenapa tidak hormat negara org lain. kita hidup di butala yang sama kan?

saya mahukan kedamaian dan konfrontasi ini berakhir... sedihlah mcm nih, x happy.

1 people have to say a little bit of something:

{ Ilyia Nur } at: September 9, 2009 at 11:27 AM said...

betul tu..sy pon tak suka kalau orang tak menghormati bibik..mereka manusia biasa..nasib diorang tak baik ditakdirkan utk jadi bibik..please layan semua orang sama rata..cuba kalau diorang tu dilahirkan jadi bibik..apa perasaannya?

Post a Comment

 

Copyright © 2010 • A little bit of everything • Design by Dzignine