Microwave kami yang kini sudah menjangkau seusia dengan perkahwinan kami (hadiah perkahwinan dari sahabat sang suami) masih dalam keadaan baik walau sebenarnya jarang sekali digunakan. Namun dalam masa yang sama I cannot live without it kerana ia merupakan pemudahcara dan juga kerana kuasa penjimatan masa yang diberikan apabila diperlukan.
Culas akan kebersihannya boleh membuat mesin moden ini sebagai kunci hazard di dapur, dimana sisa makanan yang tertinggal boleh mengakibatkan bakteria dan kulat menggangu kesihatan penggunanya. Bagi yang terlupa kali terakhir menggunakannya, kiranya wajib juga menjalankan 4 langkah mudah membersihkan microwave yang hanya mengambil lebih kurang 10 minit sahaja.
Taktik ini bukan sahaja selamat digunakan kerana menggunakan agen pembersih yang alami, ia juga berjaya membersihkan dan membangkitkan aroma yang menenangkan.
Langkah 1:
Buah lemon atau buah citrus lain dipotong dua dan diletakkan kedalam bekas yang microwavable. (Tips: buah-buhan citrus yang dah agak-agak x lalu nak makan boleh digunakan untuk elak pembaziran)
Tambah air
(Saya tambah essen vanilla dan rosemary bagi membangkitkan aroma seakan-akan memberi wangian pada musim luruh)
Anda juga boleh tambahkan essential oil yg lain (pastikan ia natural blend dan bukan chemical)
Langkah 2:
Panaskan bekas berisi air dan lemon tadi selama 5 minit.
Setelah masa tamat padamkan suiz utama dan biarkan sehingga microwave itu agak suam dalam keadaan pintu masih tertutup supaya menggalakkan wap terperangkap menjalankan tugasnya.
Langkah 3:
Ketika microwave dalam suhu sederhana panas dan selamat untuk dibersihkan, gunakan tisu/span untuk mengeluarkan sisa makanan yg agak berminyak. Setelah itu boleh mengelap interiornya dengan menggunakan sedikit air tadi dan kain pengelap fiber yang bersih. Mulakan dari bahagian atas, tepi, dan bawah kemudian beransur ke muka pintu dalam microwave terbabit. Lap kan sehingga kering. Menggunakan method yang sama iaitu dengan sedikit air suam lemon tadi, bersihkan bahagian luar termasuk butang kendalian. Pastikan air yang digunakan untuk mengelap tidak banyak dan cukup sekadar melembabkan bagi memudahkan proses membersih kerana dikhuatiri merosakkan komponen elektrik dan elektronik mesin terbabit.
Langkah 4:
Bergembira dengan hasilnya.
Peringatan: sila rujuk manual sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan peralatan elektrik atau elektronic
Tips: Bagi kekotoran yang sukar dibersihkan gunakan bikarbonat soda.
0 people have to say a little bit of something:
Post a Comment