Lepas makan tengahari perjalanan ke tempat yang di tuju bermula, Almazan, Soria Spain. Perjalanan selama lebih kurang 2 jam dilimpahi dengan pemandangan yang amat berbeza dari Malaysia. Geographinya lebih mendatar dan bukit nun jauh sekali.
Sajian mata setiap daerah/negeri/pekan boleh diteka. dari ladang zaitun, ke anggur, ke bermacam2 tanaman yang jarang dilihat di Malaysia. Langit yang tidak berawan. Biru saja. Kereta banyaknya jenis hatchback. Istana-istana atau kota-kota lama boleh dilihat nun di atas bukit. Berbatu bata merah baik bangunan baru atau lama. Mata tak mahu pejam kerana terlampau excited.
Ladang bunga matahari tertebar luas. Bunga matahari sebesar muka menandakan kami di Almazan.
Sejurus keluar simpang ke Almazan terdapat banyak bangku-bangku di pedestrian. Keadaan pekan sangat kosong, everything seems to move very slow.
Almazan penuh dengan church & chapel dan orang tua.
Itu sebab banyak bangku! Warga veteren ni rajin berjalan dan yang bertongkat pun gigih berjalan dan mendaki bukit. Rumah mereka kebanyakkannya dibina menggunakan dinding asal kota/ church. Rapat-rapat dan sempit.
Tapi ada juga ya cantik, rasa macam balik Malaysia nak buat rumah yang comel-comel macam ni;
Kebanyakkan rumah berkelompok, tapi orang jarang nampak. Tingkap pun asyik bertutup jer mungkin sebab cahaya matahari terlalu terik tapi takde bahang mana pun. Keadaan kat Almazan ni rasa macam selamat, pukul 1 pagi pun boleh nampak orang tua jalan-jalan bertongkat.
Tetapi Islam tetap bertapak di sini kerana pendatang yang datang dari Morocco. Medium interaksi dengan imam cum bilal sini ialah bahasa Arab. Rasa bangga sikit sebab paham apa yang cuba disampaikan oleh dan boleh balas balik.
Yang menariknya Almazan ni blend well dengan nature, kota/chapel/church disusuri sungai, ada itik-itik berenang, hutan pine, rusa, rabbit liar, fox, alahai comelnya indah sangat ciptaan Allah ni. Kalau belajar biografi ni dulu senang cari bahan hehehe.
Kami menginap di Hotel Antonio dimana bagi saya ialah hotel yang memberi layanan terbaik saya pernah dapat. Dalam pada susah nak berinteraksi mereka sangatlah sedaya upaya membantu.
Makanan, kami masak memang jimat tetapi kalau nak dapat bahan mentah macam ayam, ada kedai di sini jual ayam halal. So memang boleh hidup kat sini tak ada masalah.
Yang boleh diinterpretasi dari suasana dan keadaan di Almazan ni, kebanyakkannya menggunakan produk tempatan, air, sumber makanan, perabot, dan juga team tempatan. Kira kalau kat Malaysia macam IKS. Tapi kat sini lebih hebat.
Ada banyak tarikan sebenarnya kat Almazan ni, ada kampung olimpik ada banyak kedai, muzium, dan macam-macam lagi lah walaupun nampak macam bandar hantu macam tu. So boleh cari banyak produk tempatan dan a bit outdated kat sini sebab fashion kat sini lebih kearah untuk warga emas gitew.
Tidak sabar nak cerita on our unexpected trip selepas Almazan! Sebaik nak bertolak ke destinasi cinta kami seterusnya ada perasaan yang sedikit sayu nak tinggalkan temporary family kat sini. Rindu kat Almazan! Kalau ada rezeki datang Spain nak singgah sini lagi.
1 day ago
0 people have to say a little bit of something:
Post a Comment